Saturday, 10 May 2014

SURAT CINTA UNTUK MAMA

Bismillah,
SELAMAT HARI MAMA 11 MAY 2014

DEAR HAJAH RUHAYA HAMSAJI,

DEAR MAMA,

Setiap hari aku menatap senyumana indah yang terukir diwajahmu, terasa sejuk, tenang, aman, selesa, dan memberikan kedamaian dalam diri ini. Dengan senyuman indah itu, aku mengerti bahawa cinta terindah dalam dunia ini adalah cinta darimu MAMA. Cinta yang mampu menumbuhkan semnagat dan harapan pada jiwa yang lemah ini , cinta yang memberikan keyakinan dalam diri, cinta yang tulus dan ikhlas yang dikurniakan daripada ALLAH, cinta yang benar-benar tlus dari lubuk hatimu MAMA. Kau memberikan harapan serta dorongan tatkala diri ini tidak mampu berhadapan dengan dunia, kau sentiasa berdoa pada ALLAH agar sentiasa membetrikan ku petunujuk dalam hidup dan ingin melihatku berjaya. Kau adalah orng pertama yang akan menanyakan khabarku tatkala aku diam dan bisu. Kau orang yang pertama akan mengusap air mataku bila aku bersedih dan menangis. Kau jugalah orang yang pertama tersenyum bila melihat ku gembira. Kau sentiasa menjadi yang pertama untuk anakmu, kerana kau tidak mahu kami terjatuh, terperuk, tersakiti.

MAMA,
Saat kau memelukku dan mendakap erat tubuhku, aku menyedari betapa besarnya cintamu untukku untuk anak-anakmu. Kau tidak mahu lihat kami terluka walaupun kecil, kau tidak mahu melihat kami menangis, kau tidak mahu melihat kami bersedih. Kau sentiasa hiburkan hati kami, walaupun dalam hati kecilmu itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu akan sedihmu akan gembiramu. MAMA, maafkan ku, maafkan anakmu yang sering kali menyusahkanmu, maafkan anakmu jika tanpa disedari kami mengguris hatimu, tanpa kami sedari kami menjatuhkan airmatamu, tanpa kami sedari kami buat dirimu bersdeih. MAAFKAN anakmu ini MAMA.Walaupun seluas lautan setinggi gunung tidak dapat tertandingi dengan besarnya cinta mu MAMA

MAMA,
Aku ingin dirimu tahu, sampai bila-bila pun cintamu tidak akan pernah berakhir untuk anak-anak mu ini. Doa ku serta sujudku akan sentiasa menyebut nama mu MAMA. Aku akan selalu ingat bila kau dodoikan aku, kau nyanyikan lagu untuk ku. MAMA aku tahu dengan surat cinta ini memang tidak dapat melunaskan hutang kasih sayang dan cinta anakmu ini, tapi IN SHAA ALLAH, dengan izin ALLAH, sampai bila-bila pun akan ku kirimkan doa untukmu dengan ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas pengorbananmu MAMA dalam melahirkan, membesarkan, serta mendidik kami anank-anakmu. Semoga SYURGA ALLAH menjadi tempatmu MAMA, dan menjadi ketua kepada bidadari-bidadari disana kelak, AAMIIN YAA ALLAH.

MAMA,

Anakmu ini akan cuba dan terus mencuba menjadi yang terbaik untuk dirimu MAMA, For the rest of my life you are always number ONE for me MAMA. Aku kirimkan lagu ini khas untuk mu MAMA.

THANK YOU FOR ALWAYS BE MY SIDE,
THANK YOU FOR EVERYTHING,
I LOVE YOU SO MUCH MAMA.


Disediakan khas oleh anakmu DALIANA.

much love from Miss ANNA



(k-Bye)................
Assalamualaikum W.B.T